Bukan kenyataan saya: Amirudin

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM -”Saya tak pernah keluar kenyataan demikian,” kata Menteri Besar, Amirudin Shari mengenai penularan poster tertera kata-kata, ‘Kami Kerajaan Selangor belum perlukan teguran rakyat kerana kerajaan negeri kini diurus oleh team terbaik.


Amirudin berkata, kenyataan fitnah dalam poster tersebut tidak berasas dan berniat jahat.


“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya sentiasa mendengar luahan dan pandangan rakyat demi kemajuan negeri Selangor,”katanya menerusi akaun laman Twitter miliknya.


Terdahulu, tular poster tertera kata-kata tersebut selain gambar dan nama Amirudin.Ia turut menerima ratusan perkongsian dan pelbagai reaksi netizen.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]