Gelar 'pak turut', Ratu Naga pula selar bidas Fuziah

in Politik by


SHAH ALAM – Calon Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh sekali lagi dibidas selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa Wanita PKR tidak berani bersuara dan hanya sebagai pak turut.


Exco Wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga berkata, kenyataan seumpama itu tidak sewajarnya dikeluarkan.


“Saya sebagai Exco Wanita Pusat agak terkilan dengan kenyataan ini. Wanita PKR bukan pak turut kepada sesiapa.


“Kata-kata Fuziah ini tidak wajar dikeluarkan dan tidak baik. Apa kata sama-sama kita suburkan demokrasi dan tolak kempen secara kotor, kita kempen cara matang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Sebelum ini, Fuziah yang menyerahkan borang pencalonan di Ibu Pejabat PKR dilaporkan mahu memastikan Wanita PKR tidak terus menjadi pak turut dan berani menegur kepimpinan tertinggi parti.


Tegasnya, Wanita PKR perlu berani dan lantang dalam menegur pemimpin.


Dalam pada itu, Ratu Naga berkata dalam mood Malaysia baharu, pemimpin sepatutnya menggunakan cara yang lebih baik dalam berkempen.


“Kita kan Malaysia baru, kita kena guna cara lebih baik dan buktikan kita lebih baik.


“Maaf atas teguran secara keluarga saya, sebab dah keluar di media, maka saya terpaksa jawab melalui media,” katanya.


Katanya lagi, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan timbalannya, Haniza Talha telah menjalankan tugas dengan cemerlang.


“Dalam parti mana sekalipun, semua orang sangat perlukan kekuatan wanita sebagai tulang belakang.


“Ya, Zuraida dan Haniza dah lakukan tugas yang sangat cemerlang dalam menaikkan martabat wanita jadi pilihan terletak pada diri masing-masing nak pilih siapa, tiada paksaan,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Srikandi PKR bidas Fuziah]


[ARTIKEL BERKAITAN: Fuziah tidak mahu Wanita PKR jadi pak turut]


Source: SH Politik

[featured-video-plus]