Kedah, Kelantan kongsi satu mata

in Sukan by


KEDAH terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila diikat 0-0 oleh Kelantan pada aksi pertama Kumpulan C Piala Malaysia 2018 di Stadium Darul Aman, tadi.


Tuan rumah memperolehi peluang untuk berada di hadapan seawal minit pertama namun sepakan percuma Sandro Da Silva sedikit melepasi palang.


Pada minit ke-14, Kelantan mula mendapat rentak dan berpeluang berada di hadapan menerusi  lencongan cantik sepakan percuma Shafiq Shaharudin namun berjaya ditepis keluar penjaga gol Kedah, Ramadhan Hamid.


Lang Merah meneruskan asakan ke kubu The Red Warrior namun pelawat berjaya menyerap serangan dengan baik.


Kedah yang masih gagal memburu gol sehingga minit ke-42 melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Hidhir Idris dan membawa masuk Andik Vermansyah.


Pada separuh masa kedua, tuan rumah terus mempertajamkan jentera hadapannya dengan mengeluarkan dua pemain mudanya, Abdul Halim Shaari dan Fazrul Danel Mohd Nizam.


Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff  membawa masuk pemain utama, Paulo Rangel dan Syazwan Zainon pada minit ke-62 dalam usaha memburu gol.


Pelawat memperolehi peluang terbaik pada minit ke-76 menerusi Christiano Marcolino namun percubaannya ditepis keluar Ramadhan.


Kedua-dua berbalas serangan namun keputusan 0-0 kekal hingga wisel penamat.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]