Menghubungkan dunia ke Danau Toba

in Bisnes by


AIRASIA memperluaskan rangkaiannya di Asean dengan melancarkan penerbangan ke Tapanuli, Sumatera Utara, Indonesia, bermula 28 Oktober 2018.


Penerbangan empat kali seminggu itu menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) dengan Lapangan Terbang Silangit yang merupakan pintu utama ke Danau Toba, iaitu salah satu tasik yang paling indah di dunia.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata, perkhidmatan baharu dari Kuala Lumpur ke Silangit adalah sebahagian daripada komitmen AirAsia kami dalam membangunkan 10 destinasi pelancongan utama, termasuklah Danau Toba.


“Kami sentiasa bercita-cita untuk membawa tetamu dari seluruh dunia ke Danau Toba melalui hab kami di Kuala Lumpur.


“Sebelum Silangit, pelancong yang ingin ke Danau Toba terpaksa menaiki bas selama enam jam dari Medan. Hari ini, mereka boleh terbang terus ke Silangit dan melawat Lake Toba hanya dalam satu jam,” katanya pada sidang media di Jakarta.


Sidang media berkenaan turut dihadiri Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim, Luhut Binsar Pandjaitan.


Selain membina lapangan terbang baharu, kerajaan Indonesia juga menjadikan Terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebagai terminal syarikat penerbangan kos rendah.


“Kami percaya ini adalah satu langkah yang betul dan akan terus menyokong Kementerian Pelancongan sepenuhnya untuk mencapai sasaran 20 juta pelancong menjelang  2019,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]