Pembantu kedai direman tujuh hari berhubung rasuah

in Nasional by


SEREMBAN – Seorang pembantu kedai warganegara Bangladesh di reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes memberi rasuah kepada Penolong Pegawai Penguatkuasa Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan.


Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas (Reman) Nurhayati Saini  bermula hari ini hingga Sabtu depan selepas mendapat permohonan daripada Pegawai Penyiasat Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Sembilan, Mohamad Faisal Othman.


Lelaki berkenaan yang berumur 48 itu ditahan semalam pada pukul 1.26 tengah hari di kedainya di Pajam, dekat sini.


Lelaki itu didakwa telah menawarkan RM3,500 kepada penolong pegawai penguatkuasa KPDNHEP  supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas isterinya, yang merupakan pemilik kedai  atas  kesalahan menjual barangan kawalan seperti minyak masak, tepung dan tong gas tanpa lesen sah yang dikeluarkan Pengawal Bekalan Malaysia.


Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]