
KUANTAN – Ibu bapa masyarakat Orang Asli merupakan individu utama bertanggungjawab mencorakkan pendidikan anak-anak serta wajib memainkan peranan membimbing mereka menjadi generasi berguna.
Penerima Anugerah Pemimpin Orang Asli Islam Terbaik Kebangsaan, Noree Kasi, 51, berkata ibu bapa di kalangan masyarakat Orang Asli perlu meningkatkan kesedaran pentingnya pendidikan bagi mengelakkan mereka tercicir dalam mengecapi kemajuan.
Menurutnya, satu cara untuk memenuhi kehendak tersebut adalah ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak-anak tentang kepentingan pendidikan supaya mudah untuk mereka bekerja di sektor awam mahupun swasta.
“Pendidikan juga menyediakan peluang kepada individu mendapat didikan sempurna sejak dari alam kanak-kanak, remaja sehingga ke pendidikan tinggi dan berpeluang menikmati kemajuan ekonomi.
“Sebagai ibu bapa, kita perlu sedar kanak-kanak amat mudah menerima sesuatu perbuatan atau perkataan dan hanya ibu bapa dengan naluri keibubapaan ketika ditemui di Konvensyen Kepimpinan Orang Asli Islam peringkat Kebangsaan 2018 di sini, semalam.
Tambahnya, masyarakat Orang Asli perlu sentiasa menggalakkan anak-anak ke sekolah dan menimba ilmu supaya mereka membesar seiring pembangunan negara di samping mampu bawa perubahan kepada keluarga.
Source: SH Edisi
[featured-video-plus]