"Sedarlah diri kamu Fazura…"

in Hiburan by

“Sedarlah diri kamu Fazura…”


KEMAJUAN teknologi masa kini secara tidak langsung memberi peluang kepada peminat untuk lebih mendekati selebriti kesayangan mereka.


Bahkan secara tidak langsung, mereka dapat mengikuti perkembangan artis kegemaran dan ada ketikanya berpeluang untuk berhubung dengan lebih rapat.


Namun kecanggihan ini juga mendedahkan golongan artis kepada bahaya apabila ada di antara peminat yang suka bersikap lebih kuah dari sudu.


Contohnya seperti yang dialami oleh pelakon berbakat besar, Fazura, baru-baru ini.


Menerusi ruangan komen Instagramnya, Fazura telah ‘diserang’ oleh seorang individu yang menggunakan akaun Instagram palsu dan menuduh Fazura keluar berdua-duaan dengan pereka fesyen, Rizman Ruzaini.


Menurut individu berkenaan, dia meminta Fazura mengingati suaminya, Fattah Amin dan tidak keluar dengan lelaki lain.


“Fazura, u ingat kita tak tahu sekarang pukul 10.00, you dan rizman dating di Pavillion. Sedarlah diri kami Fazura, you dah ada suami tahu!!!! Tuhan tahu Fazura,” tulisnya.


Tidak melatah dengan komen yang ditinggalkan, Fazura sempat membalas dan mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan.


“Of course la you tahu sebab you kan peminat setia I, sentiasa luangkan masa you focus dengan segala yang I buat. Terima kasih. I am so humbled.


“Suami saya seorang yang penyayang dan turut sayangkan sahabat-sahabat saya. Setiap kali dia busy bekerja dia akan suruh saya luangkan masa dengan kawan-kawan supaya mereka boleh temankan saya.


“Kalau awak nak join marilah. You can sit with us. Lot of love! Thanks you minat kat saya,” balas Fazura.


Komen individu berkenaan mendapat perhatian pengikut Fazura yang lain. Bahkan kebanyakan peminat juga meminta Fazura lebih berhati-hati dengan individu psiko seperti itu.


Namun selepas menerima ‘serangan’ bertubi-tubi dari netizen, individu berkenaan memadamkan komen yang ditinggalkan tidak lama selepas itu.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]