Set Umrah Haji mudahkan jemaah

in Bisnes by


SYARIKAT Bumiputera, Aufa Dyura Sdn Bhd (Aufa Dyura), pengeluar produk berasaskan daun bidara berjenama Dyura akan memperkenalkan set terbaharu rangkaian produknya, Set Umrah Haji khusus kepada pengguna yang akan menunaikan ibadat ibadat umrah dan haji.


Pegawai Pemasarannya, Julia Alina Ali berkata, set terbaharu tersebut adalah mempunyai tiga produk iaitu Shampoo Kasturi Bidara bersaiz 80 mililiter (ml) dan losyen Bidara serta minyak habatusauda yang dijual pada harga berpatutan.


Menurutnya, set terbaharu itu akan berada di pasaran dalam masa terdekat dan beliau optimis set terbaharu itu akan mendapat sambutan memberangsangkan.


“Saya bersama pihak Aufa Dyura mengeluarkan set terbaharu ini bertujuan memberikan kemudahan kepada jemaah untuk mendapatkan produk penjagaan diri.


“Mereka boleh mendapatkan set terbaharu ini dengan menghubungi saya dan ibu pejabat Aufa Dyura,” katanya ketika membincangkan tajuk Inovasi Kosmetik Daripada Bidara di Studio Sinar Live yang turut dihadiri Pegawai Pemasaran Aufa Dyura, Mohd Amin Jumberi.


Julia berkata, syarikat menjangkakan set Umrah Haji itu akan mendapat sambutan berikutan ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna Aufa Dyura dan beberapa syarikat agensi umrah dan haji tempatan.


“Aufa Dyura sentiasa memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan akan sentiasa mengadakan promosi yang agresif untuk mengukuhkan kedudukan Dyura dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Kami menggunakan platform media sosial untuk memasarkan produk dari masa ke semasa.


“Selain itu, Aufa Dyura juga memberikan latihan pemasaran kepada stokis untuk mereka meningkatkan jualan produk mereka. Kami juga menyasarkan untuk mempunyai satu ejen di setiap daerah,” katanya.


Beliau berkata, sempena bulan kemerdekaan, sesiapa yang menjadi ejen di bawah empayarnya dengan pembelian RM300 dan stokis pula permulaan modal sebanyak RM2,100.  


Sementara itu, Mohd Amin berkata, Dyura kini menembusi pasaran Asia Tenggara dan mendapat sambutan luar biasa terutamanya di Singapura.


“Stokis kami di sana mengambil inisiatif menjual produk Dyura melalui ‘vending machine’ dan memacu peningkatan jualan produk Dyura. Kebanyakan pelanggan yang membeli pertama kali akan membeli kembali produk Dyura kerana melihat kesan yang mereka peroleh selepas menggunakannya.


“Mereka juga membeli produk Dyura kerana ia adalah produk yang memenuhi keperluan seisi keluarga dan pembelian yang berbaloi,” katanya.


Beliau berkata, Dyura mempunyai empat rangkaian produk iaitu Shampoo Kasturi Bidara yang mempunyai dua saiz iaitu 500 ml dan 200 ml, Minyak Kasturi Bidara, Aura Kijang Kasturi Bidara.  


“Aufa Dyura juga mengeluarkan produk baharu berasaskan bidara iaitu bedak asas selepas mendapat permintaan daripada pelanggannya. Setakat ini, Aufa Dyura mempunyai 10 stokis dan ejen di seluruh negara, Singapura dan Brunei,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]