Wartawan senior RTM Terengganu meninggal dunia

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Seorang wartawan senior Jabatan Penyiaran RTM Terengganu, Khalid Abdullah, 66, meninggal dunia kira-kira 12.27 tengahari tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah dimasukkan ke hospital berkenaan pada Rabu lalu.


Arwah mula bekerja dengan jabatan penyiaran itu pada pertengahan tahun 80-an dan masih aktif sehingga kini walaupun di usia yang agak lanjut kerana minat terhadap bidang itu yang sangat menebal dalam dirinya.


Anak bongsu arwah, Nur Khalida Khalid, 25, berkata, arwah mula mengidap penyakit barah esophagus sejak dua bulan lalu dan sepatutnya dijadualkan menjalani kimoterapi pada 13 Ogos ini di sebuah hospital di luar negeri.


Bagaimanapun, belum pun sempat arwah menjalani rawatan susulan itu, beliau telah pergi buat selamanya dan meninggalkan tujuh anak, lima lelaki dan dua perempuan.


Jenazah disembahyangkan di Masjid Batu Burok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai batu Burok, di sini selepas solat Asar.

 


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]