Angkara gaduh dengan isteri, suami buang tiga anak ke sungai

in Global by


NEW DELHI – INDIA. “Seorang lelaki di negeri Andhra Pradesh di selatan India telah didakwa membunuh tiga anak lelakinya yang masih kecil dengan membuang mereka ke dalam sungai selepas bergaduh dengan isterinya,” kata polis.


Mayat kesemua kanak-kanak lelaki itu, yang berusia enam tahun, tiga tahun dan tiga bulan, telah dibawa keluar dari sungai berkenaan di daerah Chittoor, terletak 485 kilometer di selatan Amaravati, bandar utama di Andhra Pradesh, lapor agensi berita China Xinhua.


“Pagi ini, mayat ketiga-tiga kanak-kanak tersebut ditemuiĀ  penduduk dalam keadaan terapung di sungai Neeva berhampiran sebuah jambatan di mandal Gangadara Nellore di sini sebelum mereka memaklumkan kami.


“Kami telah dimaklumkan bahawa bapa mereka sendiri yang membunuh ketiga-tiga kanak-kanak dengan membuang mereka ke dalam sungai selepas bertengkar hebat dengan isterinya,” kata seorang pegawai polis yang bertugas di Chittoor.


Anggota polis berkata, mereka telah memberkas lelaki itu dan sedang menyiasat kes tersebut.


Laporan media menyebut pasangan itu telah bergaduh sebelum si isteri pulang ke rumah ibu bapanya bersama anak-anak mereka.


“Kami juga dimaklumkanĀ  bahawa malam semalam si suami telah menjemput pulang isteri dan anak-anaknya.


“Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang, pasangan itu telah bertengkar semula dan ketika berada dalam keadaan berang, lelaki itu bertindak menolak anak-anak mereka ke dalam sungai,” kata pegawai polis berkenaan. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]