Belasah kakak sampai patah hidung

in Edisi by


KOTA BHARU – Berang dinasihati kakak supaya tidak membawa pulang perempuan ke rumah, seorang remaja bertindak membelasah kakaknya hingga patah hidung.


Tindakan Muhamad Zulhairi Abdul Halim, 19, bagaimanapun membawa padah apabila dia dipenjara dua tahun, enam bulan di mahkamah sesyen di sini, hari ini.


Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas Muhamad Zulhairi mengaku salah terhadap tuduhan.


Mahkamah memerintahkan hukuman bermula hari ini.


Tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan parah terhadap kakaknya Nur Hanisa, 23, sehingga mangsa patah hidung di sebuah rumah di Padang Tembak, di sini pada jam 6.30 petang, 8 Julai 2018.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]