Cadang PRK serentak bagi dua lagi Dun

in Nasional by


KULIM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicadangkan supaya menetapkan tarikh PRK Dun Seri Setia dan Balakong diadakan serentak.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata SPR diharap dapat mempertimbangkan cadangan tersebut.


Menurutnya, pelaksanaan serentak PRK di dua kawasan yang telah kosong itu akan menjimatkan masa dan tenaga semua pihak.


“Saya harap SPR dapat mempertimbangkan supaya PRK di Dun Seri Setia dan Balakong itu dijalankan serentak.


“Keputusan ini bukan hanya menjimat kos malah tenaga semua pihak yang terlibat,”katanya.


Selain itu, Saifuddin juga berkata kemenangan di PRK di Dun Sungai Kandis itu memberi beberapa syarat kepada Pakatan Harapan untuk lebih bersedia menghadapi dua lagi PRK.


“Saya juga percaya isyarat yang jelas daripada keputusan PRK itu, PH harus melipat gandakan lagi usaha untuk menarik sokongan rakyat yang bukan sekadar menyokong tetapi keluar pada hari mengundi itu lebih penting,”katanya.


Saifuddin berkata, PKR juga akan mengkaji serta menilai semula terhadap isu peratusan keluar mengundi dengan majoriti rendah.


“Saya percaya, penilaian semula  akan dibuat oleh PKR dan dibentangkan dalam majlis presiden PH bagi meneliti terhadap punca itu.


“Penambahbaikan semua itu akan diketahui selepas penilaian ini dilakukan serta menjadi asas pada kita untuk menyusun strategi  kempen bagi  dua Dun lagi,”katanya.


Pada Sabtu lalu, SPR mengumumkan calon-calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni diumumkan memenangi kerusi Dun Sungai Kandis dengan majoriti 5,842 undi.


Mohd Zawawi memperoleh 15,427 undi menewaskan saingan dari BN, Datuk Lokman Noor Adam yang mendapat 9,585 undi dan calon Bebas, K.Murthy hanya menerima 97 undi.


Dua lagi PRK di Dun Seri Setia dan Balakong akan diadakan tidak lama lagi selepas penyandang di situ meninggal dunia.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]