Datuk M Daud Wahid meninggal dunia

in Hiburan by

Datuk M Daud Wahid meninggal dunia


PRESIDEN Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M. Daud Wahid, 76, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam pada pukul 2.29 petang tadi.


Berita sedih itu disampaikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman),  Hafiz Nafiah sebentar tadi.


Menurut Hafiz, Allahyarham meninggal dunia disebabkan kanser prostat yang dihidapi sejak tahun lepas dan kompilasi jantung selepas dimasukkan ke hospital minggu lalu.


“Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air iaitu Datuk M Daud Wahid.


“Jenazah akan dibawa ke Surau Seksyen 9, Shah Alam dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kandis.


“Seluruh kepimpinan Seniman Malaysia dan ahli Seniman mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah,” ujarnya.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]