Enam Ketua Perwakilan Malaysia ditamatkan kontrak

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Seramai enam orang Ketua Perwakilan Malaysia (lantikan politik) telah ditamatkan kontrak perkhidmatan pada 30 Jun lalu.


Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia susulan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.


Katanya, mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Duta Besar Malaysia ke Vatican City, Tan Sri Bernard Dompok dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Ghulam Jelani Khanizam.


Tiga orang lagi ialah Duta Besar Malaysia ke Finland, Datuk Blanche Olbery, Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, Datuk Adeline Leong dan Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Datuk Siow Chen Pin.


Mereka berenam adalah antara lapan orang Ketua Perwakilan Malaysia yang dilantik secara lantikan politik oleh kerajaan terdahulu.


Saifuddin berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Pang Hok Liong (PH-Labis) di Dewan Rakyat.


Sementara itu, katanya, bekas Duta Besar ke Amerika Syarikat, Tan Sri Zulhasnan Rafique telah meletakkan jawatan pada 23 April lalu.


Manakala, Datuk Seri Hasan Malek telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Kemboja pad 31 Mac lalu.


[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi lantikan duta daripada ahli politik]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]