Henti buang sampah haram!

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor gempur 47 lokasi sampah haram berulang di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini, semalam.


Pengarahnya, Zainal Fitri Ahmad berkata, sebanyak 46 buah jentera dan 250 pegawai dan anggota SWCorp terlibat dalam operasi berkenaan.


Beliau berkata, tujuannya adalah untuk membersihkan semua kawasan yang telah dikenal pasti.


“Kita akan laksanakan penguatkuasaan dengan tegas. Saya beri amaran kepada semua masyarakat supaya memberhentikan pembuangan sampah haram ini secara serta merta,” katanya kepada Sinar Harian.


Katanya, mereka yang membuang sampah secara haram boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 71 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)


Jelasnya, denda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun boleh dikenakan jika sabit kesalahan.


Justeri itu, beliau menngingatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjwab terhadap kawasan persekitaran masing-masing.


Dalam pada itu, Zainal Fitri berkata, masyarakat seharusnya memanfaatkan operasi atau khidmat kutipan sisa pukal yang disediakan SWCorp di kawasan kediaman masing-masing.


“Jadikan operasi atau khidmat ini manfaat kepada masyarakat.


“Kalau nak buang kotak, buang tong, almari, peti sejuk dan sofa, letak saja depan rumah nanti kita angkat,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]