Imam tak hirau gempa jadi tular

in Global by


DENPASAR – BALI. Rakaman diambil melalui telefon bimbit memaparkan seorang imam yang masih meneruskan solat di sebuah masjid di Denpasar, Bali walaupun ketika gempa, semalam telah menjadi tular dan ramai pengguna media sosial memuji tindakannya.


Ketika kejadian, imam terbabit menahan sebelah tangannya pada dinding akibat goncangan kuat dicetuskan gempa berkekuatan 7.0 skala Richter itu.


Beberapa jemaah turut dilihat berlari keluar dan hanya tinggal beberapa yang masih kekal dan cuba berdiri memenuhkan saf ketika gegaran itu masih berlaku..


Klip itu menjadi tular dengan cepat selepas pihak masjid memuat naik ke Facebook.


Ia telah dilihat lebih 130,000 kali di media sosial terbabit selain dikongsi di Youtuber dan Twitter.


“Saya menangis, imam terbabit kelihatan tidak terkejut malah dia tidak berganjak walaupun boleh berhenti solat dalam keadaan darurat seperti itu,” kata ulama Indonesia, Yusuf Mansur yang berkongsi klip video itu bersama dua juta pengikutnya di Instagram.


“Keimanan yang ditunjukkan imam dan jemaah itu sememangnya luar biasa,” kata pengguna Twitter, Inyol. – AFP

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]