Jho Low dakwa kerajaan tuntut kapal tidak sah

in Nasional by


SHAH ALAM – Tindakan kerajaan Malaysia mendapatkan kembali kapal persiaran mewah bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) yang disita di Bali, awal tahun ini didakwa tidak sah dari segi undang-undang dan bertujuan politik.


Memetik kenyataan peguam ahli perniagaan, Low Teak Jho atau Jho Low yang disiarkan Free Malaysia Today, langkah kerajaan itu menunjukkan betapa pantasnya pemerintahan berdasarkan undang-undang menghilang daripada rejim Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.


Menurutnya, Dr Mahathir menunjukkan kepada dunia bahawa rejim barunya masih tidak berminat dengan pemerintahan mengikut undang-undang.


Beliau berkata demikian merujuk kepada krisis yang tercetus akibat pemecatan beberapa hakim kanan pada penggal pertama beliau menjadi Perdana Menteri.


Selain itu, kapal berkenaan yang didaftarkan di Kepulauan Cayman, disita Februari lalu atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah bernilai berbilion dolar oleh Jabatan Keadilan (DoJ) AS membabitkan 1MDB.


April lalu, mahkamah Indonesia mengumumkan kapal layar itu dirampas secara salah dan harus dikembalikan kepada pemiliknya.


Manakala pada Julai lalu, polis Indonesia merampas semula kapal itu, susulan permintaan rasmi AS sebagai sebahagian daripada bantuan undang-undang.


Polis negara republik itu turut memaklumkan mereka akan menyerahkan kapal layar terbabit kepada Malaysia tetapi tidak menyebut masa yang tepat.


[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng cadang The Equanimity dijual]


[ARTIKEL BERKAITAN: Terima kasih Indonesia, pulangkan The Equanimity]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]