Jihan Muse sokong Sissy Imann

in Hiburan by

Jihan Muse sokong Sissy Imann


KONSERT minggu pertama pertandingan Big Stage yang menampilkan persaingan penyanyi angkatan baru atau lebih dikenali sebagai Budak Budak Baru Nak Up (BBNU), yang berlangsung semalam menyaksikan Sissy Imann berada di kedudukan pertama.


Sissy mendapat markah tertinggi, 90.27 peratus menerusi persembahan  menariknya menyampaikan lagu Mungkin Kamu.


Semenjak dari awal, Sissy yang juga merupakan anggota kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia di bawah bimbingan Datuk Syafinaz Selamat ini dilihat sebagai pencabar utama sembilan lagi peserta lain.


Pengacara dan pelawak terkenal, Jihan Muse juga menyatakan sokongan terbukanya kepada Sissy menerusi status yang dimuat naik di laman Twitternnya.


“Hmm aku memang takde aplikasi-aplikasi gini, memang tak kuasa maklumlah ‘kertu’. Tapi #bigstage punya pasal, gigihlah install aplikasi TikTok ni. Sebab nak undi @sissyimann im a fan. Tapi budak Sarah ni pun dah wow. Bila dia membawang kat VT tadi aku tengok macam muka aku pun ada ha. Takpe nak tunggu Sissy jap,” tulisnya.


Selain Sissy, Big Stage turut disertai Afieq Shazwan, Tajul, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi dan Wani Kayrie.


Kesemua peserta diadili juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, selain juri jemputan Noh Hujan.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]