Judi di Genting Highlands tak boleh operasi?

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kewujudan pusat judi termasuklah di Genting Highlands tidak perlu dibenarkan beroperasi.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, ini kerana aktiviti perjudian ditentang oleh semua agama.


“Kalau bertanya kepada saya (secara peribadi), kalau boleh (judi) Genting Highlands ke apa ke semua tak ada kerana ini akan jadi masalah. Sebab selagi ada permintaan (terhadap pusat judi), selagi itu ada tawaran,” katanya ketika menggulung titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.


Mujahid berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Edmund Santhara (PH-Segamat) yang ingin tahu sama ada kerajaan hanya  membenarkan operasi syarikat judi besar seperti di Genting Highlands dan mengenepikan permohonan syarikat kecil.


Turut menjawab soalan Edmund, katanya, tiada peruntukan undang-undang yang melarang orang Islam daripada terlibat memegang saham syarikat judi.


“Menjawab pertanyaan adakah undang-undang menyekat mana-mana ahli lembaga pengarah Islam terlibat dalam syarikat perjudian, tidak ada.


“Saya bercakap dari segi moralnya, jadi saya nasihat kepada orang Islam jika dia tahu tanggungjawabnya. Kalau judi haram, maka nak jadi ahli lembaga lagi tak boleh,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]