Kaki tersepit lidi roda basikal

in Edisi Pahang by


KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas kakinya tersepit pada lidi roda basikal ketika bermain di rumahnya di Taman Seri Makmur, Temerloh, petang semalam.


Ekoran kejadian, keluarga kanak-kanak tersebut menghubungi pihak bomba bagi membantu mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.


Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 3.17 petang sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin tiba ke lokasi kira-kira 20 minit kemudian.


Menurutnya, bomba terpaksa menggunakan alat pemotong hidrolik untuk memotong lidi dan rangka basikal bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak itu.


“Mangsa distabilkan dengan bantuan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Bomba sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk rawatan lanjut,” katanya.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]