Kamarudin Ismail dipilih sebagai Timbalan Presiden Angkasa

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Anggota Lembaga Pengarah Antarabangsa  (ICA) Datuk Kamarudin Ismail dipilih sebagai timbalan presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang baharu.


Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata Kamarudin, yang juga naib presiden Angkasa,  menggantikan Mutadho Bahri yang meletak jawatan secara sukarela pada 1 Julai lepas.


Jawatakuasa Tadbir Kebangsaan Angkasa, yang bermesyuarat 1 Ogos, turut memilih Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Kelantan Datuk Che Shukree Che Isa sebagai naib presiden Angkasa, katanya dalam satu kenyataan.


Kamarudin, yang menyertai Angkasa pada 2012, juga pengerusi Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) serta Ahli Lembaga Pengarah MyAngkasa Holding Sdn Bhd. Che Shukree pula merupakan Ahli Lembaga Koperasi Wawasan Malaysia Berhad dan Ahli Lembaga Pengarah MyAngkasa Holding Sdn Bhd.


Sehingga Disember 2017, Angkasa menaungi kira-kira 13,889 buah koperasi di seluruh negara dengan keanggotaan individu kira-kira tujuh juta orang dengan jumlah modal syer/yuran anggota adalah RM14.34 bilion, jumlah aset RM139.67 bilion dan perolehan RM40.24 bilion.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]