Pelakon Nizen Ayob meninggal dunia

in Hiburan by
NIZEN AYOB. Foto – INSTAGRAM

Pelakon Nizen Ayob meninggal dunia


AKTOR yang sinonim dengan drama Gerak Khas, Nizen Ayob dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.


Menurut pelakon Salina Saibi menerusi Instagram miliknya, Nizen, 33, yang sinonim dengan watak Inspektor Nizam dalam drama kepolisan itu dikatakan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.


“Allahuakhbar..Sahabat kami Nizen Ayob telah pergi meninggalkan kita sebentar tadi.


“Menurut kakak iparnya, doktor kata buah pinggang telah rosak 50% , koma dan meninggal dunia baru tadi.


“Sekarang jenazah sedang dimandikan di hospital Sultanah Aminah Johor dan akan di bawa pulang ke rumah keluarga Johor Bahru.


“Mari kita sedekahkan Al-Fatihah pada sahabat kami. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya.


MENYUSUL


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]