PTI calonkan Imran Khan sebagai PM

in Global by


ISLAMABAD – PAKISTAN. Jawatankuasa Parlimen Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan, hari ini sebulat suara menerima pakai satu resolusi menamakan pengerusi parti itu, Imran Khan, sebagai pemimpin dan calon mereka bagi jawatan Perdana Menteri.


Associated Press of Pakistan (APP) melaporkan bahawa resolusi itu telah dikemukakan oleh Naib Pengerusi PTI, Shah Mehmood Qureshi, dalam mesyuarat sulung Jawatankuasa Parlimen parti tersebut di sebuah hotel tempatan di sini.


Semua anggota PTI dalam Dewan Negara yang baharu dilantik kemudian berdiri sambil memberikan tepukan kepada Imran Khan selepas beliau dicalonkan sebagai pemimpin parlimen parti itu.


Terdahulu, mereka turut mendoakan pejuang semua parti politik terutama PTI yang maut dan menjadi sasaran pengganas ketika kempen pilihan raya. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]