Pulau Pinang tetap kibar cabaran

in Sukan by


PULAU Pinang tetap meneruskan cabaran pada saingan Challenge Cup yang membuka tirai 8 Ogos ini walaupun masih menghadapi masalah tunggakan gaji.


Naib Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Mohd Azizuddin Mohd Shariff berkata, beberapa langkah sedang diambil oleh pihaknya bagi memastikan Harimau Kumbang dapat mengibarkan cabaran di pentas saingan yang baru diwujudkan bermula musim ini.


Menurutnya, semua pemain tetap turun berlatih seperti biasa sekaligus menafikan khabar angin berhubung hasrat FAP mahu menarik diri dari kejohanan tersebut.


“Pemain masih lagi dalam kontrak bersama FAP sehingga November ini dan selepas tamat saingan Liga Perdana mereka turun seperti biasa menjalani latihan.


“Kami akui masih lagi menghadapi masalah kewangan namun berusaha dari pelbagai sudut untuk memastikan Pulau Pinang masih lagi mampu memberi cabaran terutamanya pada Challenge Cup,” katanya kepada Sukan Sinar.


Mohd Azizuddin berkata, tidak bertanding di pentas Challenge Cup adalah pilihan terakhir dilakukan oleh pasukan itu namun buat masa sekarang FAP masih berusaha mencari dana bagi meneruskan saingan.


Tambahnya, kejohanan itu juga menjadi pentas terbaik buat pasukan tersebut untuk melakukan kejutan selepas gagal menempatkan diri pada saingan Piala Malaysia 2018.


“Lagipun semua pemain masih berbaki kontrak dan gaji perlu dibayar walaupun masih tertunggak. Meneruskan saingan Challenge Cup adalah pilihan lebih baik daripada menarik diri,” katanya lagi.


Pulau Pinang diundi dalam Kumpulan B bersama ATM, UiTM FC, JDT II dan menjadi ruang terbaik kepada semua pemain untuk membuktikan bahawa mereka masih berkeinginan untuk menjulang Harimau Kumbang antara pasukan terbaik pada saingan tersebut.


Pasukan ini akan menerima kunjungan ATM bagi aksi pertama Challenge Cup di Stadium Batu Kawan pada 8 Ogos ini.


INFO


Kumpulan Challenge Cup 2018


KUMPULAN A


UKM FC


Negeri Sembilan


Terengganu FC II


Sarawak


KUMPULAN B


Pulau Pinang


ATM


JDT II


UiTM FC




 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]