Ribuan senjata tinggalan perang ditemui

in Global by


TOKYO – JEPUN. Kira-kira 3,000 peralatan ketenteraan termasuk pistol, pedang dan bom tangan dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua ditemui tertanam di sebuah sekolah di Tokyo, menurut pegawai kerajaan, semalam.


Pekerja binaan membuat penemuan kesemua senjata itu bulan lalu ketika mereka melakukan kerja penggalian di Sekolah Rendah Tanashi di bandar Nishitokyo untuk membina gudang baharu.


Senjata berusia lebih 70 tahun itu termasuk 1,400 senjata api, 1,200 pedang, lapan bom tangan dan 302 peluru.  


“Kami sangat terkejut apabila dimaklumkan tentang perkara itu. Kesemua peralatan itu telah berkarat dan tidak lagi boleh digunakan. Saya percaya ia telah ditanam ketika atau selepas peperangan, namun kami akan menyiasat perkara itu,” kata pegawai perbandaran, Masaki Fujisawa. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]