Stor kilang terbakar

in Edisi Selangor KL by


KUALA SELANGOR – Sebuah stor kilang di Sungai Janggut, musnah dalam kebakaran, petang semalam.


Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 1.23 petang.


Menurutnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor itu turut menerima bantuan FRT Kapar, Kota Raja dan tangki air Pelabuhan Klang.


“Operasi diketuai komander Alhafiz Asmuni dengan kekuatan sembilan pegawai dan anggota tiba di lokasi kejadian pada jam 1.37 petang dengan jarak 10 kilometer.


“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari sebuah stor di kawasan kilang terbabit dan operasi memadamkan kebakaran bermula jam 1.38 petang,” katanya.


Alimaddia berkata, pasukan BBP Kuala Selangor berjaya mengawal kebakaran pada jam 1.44 petang dan menamatkan operasi.


“Operasi mengawal dan memadamkan api berjalan tanpa sebarang masalah dengan bantuan dua FRT tambahan dan bekalan tangki air.


“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku sepanjang operasi itu dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]