Tak ikut syarat punca PR1MA tidak diluluskan

in Edisi Utara by


GEORGETOWN – Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) tidak diluluskan di Pulau Pinang pada sebelum ini kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri.


Exco Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, antara faktor yang menghalang kelulusan itu adalah tawaran harga yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan.


“PR1MA ini rumah mampu milik, tapi jual sehingga RM500,000 setiap unit. Kita boleh terima ka?


“Garis panduan kita di Pulau Pinang harga rumah mampu milik mestilah tidak melebih RM350,000 di kawasan pulau dan RM250,000 di Seberang Perai.


“Sebab itu kita tolak permohonan kelulusan mereka untuk bina. Ada juga agensi yang bina rumah lebih RM1 juta, itu tak boleh,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan-soalan lisan oleh Gooi Zi Sen (DAP- Pengkalan Kota) yang bertanyakan mengenai pendirian dan hala tuju kerajaan negeri terhadap program perumahan persekutuan pada Sidang Dun, hari ini.


Menurutnya, kerajaan negeri mahu selaraskan harga rumah mampu milik di Pulau Pinang sama dengan agensi persekutuan.


“Tapi mereka tak buat. Banyak projek yang saya boleh luluskan, tapi kena ikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]