Terima kasih Indonesia, pulangkan The Equanimity

in Nasional by


KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik kerjasama kerajaan Indonesia yang memulangkan kapal persiaran mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low, The Equanimty.


Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Indonesia kerana menyelesaikan salah satu daripada masalah dihadapi Malaysia, memandangkan kapal mewah berkenaan dibeli dengan menggunakan duit negara yang didakwa ‘dicuri’ daripada pihak tertentu.


“Kita gembira apabila kapal layar The Equanimity diserah kepada Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia.


“Saya betul- betul berterima kasih terutamanya kepada Presiden Indonesia, bapak Joko Widodo (Jokowi) yang begitu bekerjsama dengan Malaysia untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh Malaysia,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya.


Bagaimanapun, Dr Mahathir, terbuka menerima mana-mana pihak yang akan tampil mendakwa bahawa The Equanimity adalah milik mereka dengan mengemukakan bukti lengkap.


“Kalau ada mana-mana pihak yang ingin dakwa kapal ini mereka punya, mereka boleh tunjuk bukti yang kapal ini dimiliki oleh mereka.


“Kita ingin tahu dari mana mereka dapat wang yang begitu banyak untuk membeli kapal yang begitu mahal harganya.


“Kalau kita dapat bukti bahawa duit ini datang daripada mereka sendiri dan bukan duit yang dicuri maka berhak mendapat balik kapal ini,” jelas beliau.


Mengikut siasatan pihak Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, kapal ini dibeli dengan wang 1MDB yang telah cuba dibersihkan dengan membeli aset mewah.


Sementara itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berharap polis dan pihak berkuasa akan ambil tindakan mengikut lunas undang-undang Malaysia dan antarabangsa.


“Saya bangga kapal Jho Low, kapal The Equanimity yang juga harta 1MDB akan kembali ke Malaysia.


“Saya harap polis dan pihak berkuasa akan ambil tindakan berlandaskan undang-undang dan undang-undang antarabangsa,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.


Kapal persiaran mewah The Equanimity yang dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho dijangka akan berlabuh di Pelabuhan Klang dalam tempoh 48 jam dan kini difahamkan masih berada di perairan Batam, Indonesia.


[ARTIKLE BERKAITAN: Indonesia setuju serah kapal mewah kepada Malaysia]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]