Tiada hasrat naikkan kadar cukai pelancongan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat menaikkan kadar cukai pelancongan yang ditetapkan pada RM10 ketika ini.


Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, ini kerana kadar yang hampir sama turut digunakan di negara-negara asing lain.


“Seperti di Itali, kadar yang dikenakan ialah dari 1 uero hingga 7 euro. Jadi kita tiada niat nak naikkan kadar cukai pelancongan di negara ini,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ronald Kiandee (BN-Beluran) di sesi Dewan Rakyat hari ini.


Cukai pelancongan berkuat kuasa pada 1 September tahun lalu dan mengenakan kadar rata RM10 untuk satu malam ke atas pelancong asing yang tinggal di hotel atau tempat penginapan yang berdaftar.


Terdahulu, menjawab soalan asal Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka), Muhammad Bakhtiar berkata, kadar RM10 tidak akan membebankan pelancong asing.


“Cukai pelancongan hanya dikenakan pada pelancong asing. Oleh itu, cukai ini tidak membebankan rakyat tempatan.


“Kadar cukai dikenakan ialah RM10 atau US$ 2.50 sebilik bagi setiap malam dan ini kadar yang sangat minimum serta tak bebankan pelancong asing. Setakat ini tiada rungutan diterima daripada pelancong asing,” katanya.


Beliau turut menyatakan sebanyak RM147 juta dikutip melalui cukai pelancongan dari September 2017 hingga Jun 2018.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]