Andi Bernadee, Wani Kayrie, pencabar hebat: Sissy Imann

in Hiburan by

Andi Bernadee, Wani Kayrie, pencabar hebat: Sissy Imann


KONSERT Big Stage telah pun bermula pada Ahad lalu dan penyanyi Sissy Imann berjaya mendapat tempat pertama.


Sissy Imann ketika dihubungi Sinar Harian, berkata, kemenangan itu adalah sebagai suntikan buatnya untuk perbaiki kekurangan yang ada.


“Semestinya saya gembira dengan keputusan itu dan akan jadikan ia sebagai motivasi.


“Ini kerana, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dan sama-sama kita saksikan pada konsert akan datang ,” ujarnya.


Di kedudukan itu, Sissy, 22, mengakui ia memberikan tekanan kepadanya tambahan Sissy pada masa sama memegang status sebagai Guru Muzik.


“Tertekan in a good way, kalau minggu pertama dah capai tahap sebegitu. Maka untuk minggu seterusnya saya kena usaha dan fikirkan tentang konsep persembahan di luar kotak fikiran.


“Termasuklah dari segi susun atur lagu agar persembahan saya tampak lebih luar biasa dari minggu pertama.


“Tambahan orang kenali sebagai Guru Muzik dan mereka pastinya menjangkakan yang lebih tinggi. Tapi yang lebih penting, kita cuba buat yang terbaik,” katanya.


Ditanya mengenai matlamatnya menerusi landasan ini, meski berharap untuk bergelar Juara, namun Sissy mempunyai motif yang lebih bijak.


“Saya mahu orang kenali siapa Sissy Imann, genre dan persembahan saya bagaimana? Bukan sahaja pengenalan untuk orang kenal buat beberapa bulan sahaja tapi untuk sampai bila-bila.


“Andai ditakdirkan sebagai Juara, saya anggap itu rezeki,” ujarnya.


Sementara itu, penyanyi popular menerusi lagu Jatuh ini berkata, Andi Bernadee dan Wani Kayrie merupakan pesaing paling hebat di antara peserta lain.


“Wani Kayrie dia ada potensi sangat besar seperti suara dia yang besar dan berat.


“Keduanya, Andi Bernadee, dia seorang yang betul-betul penghibur dan mempunyai aura yang begitu kuat,” akuinya.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]