Annuar digesa mohon maaf

in Politik by


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP, R. Sanisvara Nethaji Rayer mendesak Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa agar segera membuat permohonan maaf  berhubung kenyataan yang mendakwa DAP memecahbelahkan Melayu.


Katanya, kenyataan Ahli Parlimen Ketereh berhubung perkara itu, bersifat fitnah dan DAP tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.


“Saya mintak Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang telah menyatakan bahawa parti DAP telah memecahbelahkan orang Melayu, itu kenyataan beliau.


“Saya mintak beliau supaya menarik balik kenyataan tersebut dan mohon maaf, kalau tidak berhadapan dengan tindakan undang-undang sama ada sivil mahupun laporan polis dibuat,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen.


Rayer merujuk kepada kenyataan Annuar dalam satu video berjudul ‘Realiti kerajaan Pro DAP’ ketika berkempen di PRK Dun Sungai Kandis baru-baru ini.


Dalam video berdurasi 1 minit 59 saat itu, Annuar mendakwa DAP memecahbelahkan orang Melayu bagi mendapatkan kuasa memerintah negara.


Justeru itu, Rayer yang mewakili DAP berkata parti itu memberikan masa 24 jam kepada Annuar untuk memohon maaf.


“Kalau beliau benar ikhlas, saya rasa beliau perlu minta maaf dan tarik balik kenyataan itu dan tidak mengulangi perkara itu. Kalau tidak saya beri beliau 24 jam kalau tidak terpaksa berdepan dengan tindakan yang mungkin diambil oleh DAP,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]