Bangkai anak paus biru mati terdampar di pantai Jepun

in Global by


TOKYO – JEPUN. Bangkai seekor anak ikan paus biru ditemui terdampar di pantai Jepun dan ia adalah pertama kali spesies terbabit dilihat di negara itu.


Penemuan mamalia itu dibuat di pantai di Kamakura, bandar terletak 70 kilometer di selatan Tokyo pada Ahad lalu.


Pihak berkuasa memaklumkan punca kematian paus itu yang merupakan haiwan akuatik terbesar itu masih tidak diketahui.


Susulan itu, pakar telah dihantar ke lokasi tersebut untuk melakukan bedah siasat.


Sementara itu, pakar di Muzium Alam Semula Jadi dan Sains Kebangsaan memaklumkan anak paus berukuran 10.52 meter itu dilahirkan pada tahun ini.


Sebelum ini, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pernah menyatakan paus biru masih spesies terancam berikutan fenonema perubahan iklim selain faktor dilanggar kapal.


Ketika musim panas, mamalia tersebut sering ditemui berhampiran Antartika. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]