Gempa Lombok : Penyelamat usaha cari mangsa

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Pasukan penyelamat dan tentera Indonesia meneruskan pencarian mangsa masih hidup serta memindahkan penduduk di pulau pelancongan Lombok hari ini, dua hari selepas gempa bumi berkekuatan 7.0 skala Richter melanda kawasan berkenaan.


Angka kematian akibat tragedi mencecah 98 orang termasuk dua di Bali namun pihak berkuasa menjangka ia akan terus meningkat.


Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, memaklumkan di Twitter bahawa penyelamat menggali runtuhan dalam usaha mencari mangsa masih hidup.


[ARTIKEL BERKAITAN : Gempa Lombok: Lebih 2,000 pelancong dipindahkan]


[ARTIKEL BERKAITAN : Gempa Lombok : Angka kematian meningkat kepada 91]


[ARTIKEL BERKAITAN: Gempa di Lombok : 82 maut]


[ARTIKEL BERKAITAN : Gempa kuat kembali gegar Lombok]


[ARTIKEL BERKAITAN : Gempa 7.0 skala Richter, cetus amaran tsunami]


BNPB turut memaklumkan usaha menyelamat mangsa berdepan kesukaran di kawasan paling teruk terjejas di utara Lombok namun tidak memberi butiran lanjut.


Dalam sidang media semalam, Sutopo berkata sesetengah kawasan terputus selepas jambatan runtuh.


Riduan, 45, seorang mangsa di Karangkauhan berkata, dia tidak menerima sebarang bantuan setakat ini dan terpaksa membeli makanan sendiri.


Gempa terus menggegarkan kepulauan itu termasuk gegaran susulan 5.5 magnitud sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, kata agensi meteorologi dan geofizik Indonesia (BMKG).


Sementara itu, lebih 2,000 pelancong dipindahkan dari Kepulauan Gili di pantai barat laut Pulau Lombok semalam. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]