Hormati kebebasan bersuara

in Politik by


SHAH ALAM – Masyarakat disaran terus menghormati kebebasan bersuara dan hak memberi pandangan.


Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, hak memberi ruang untuk menyampaikan pandangan, bantahan dan protes perlu diberikan selagi mana situasi yang aman dan mematuhi undang-undang.


Menurutnya, kuasa raja-raja masih wujud dan 119 orang dalam Dewan Rakyat masih lagi orang Melayu.


“Dalam konteks kuantiti orang Melayu masih mempertahankan kuasanya dalam segi perangkaan.


“Cumanya kualiti perlu dibawa oleh wakil rakyat kerana kedudukan dan hak masih dijamin dalam perlembagaan, cuma sosio ekonomi orang Melayu harus diperjuangkan,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]