Jadi hamba seks bomoh selama 15 tahun

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Seorang bomoh berusia 83 tahun menculik wanita berumur 28 tahun untuk dijadikan hamba seks selama 15 tahun.


Jurucakap polis, M Iqbal Alqudusy berkata, hasil siasatan awal mereka mendapati motif lelaki tersebut adalah untuk mengadakan seks dengan remaja bawah umur memandangkan mangsa diculik ketika usianya 13 tahun.


“Ketika mahu mengadakan hubungan seks dengan mangsa, suspek dikenali sebagai Jago itu akan menunjukkan gambar lelaki digelar sebagai Amrin kepada mangsa. Dia memperdaya mangsa dengan menyatakan Amrin adalah jin yang merasuk tubuhnya sedangkan tidak ada perkara seperti itu berlaku.


“Mangsa telah dijadikan hamba seks bomoh itu sejak tahun 2003,” jelasnya.


Jago kini telah didakwa di bawah Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak yang mana jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun.


Difahamkan, mangsa ditemui di celah batu besar berhampiran rumah bomoh itu di Desa Bajugan, Kecamatan Galang, Tolitoli, Sulawesi Tengah pada akhir minggu lalu.


Jago juga telah menipu keluarga mangsa dengan mengatakan dia telah ‘pergi jauh’ ketika dilaporkan hilang kira-kira 15 tahun lalu. – Detik News

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]