Kadar jangka pendek kekal kukuh susulam operasi BNM

in Bisnes by


KADAR-kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.


Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM26.21 bilion dalam sistem konvensional dan dana Islam, RM11.57 bilion.


BNM akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional RM2 bilion masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari selain dua tender Qard RM1.6 bilion untuk tujuh hari dan RM800 juta selama 14 hari.


Bank pusat itu akan turut mengeluarkan Bil Antara Bank Bank Negara RM1 bilion untuk 34 hari.


Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan tender konvensional semalaman sehingga RM22.2 bilion dan tender Qard RM9.2 bilion. – Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]