Kedai serbaneka RM2 nyaris musnah

in Edisi Pahang by


JERANTUT – Sebuah kedai serbaneka RM2 di bandar ini nyaris musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, beberapa struktur dan barangan jualan premis yang terletak di Taman Saujana itu musnah akibat kebakaran tersebut.


Komander Operasi Kanan,Penolong Kanan Penguasa Bomba,Mohd Arshad Abdullah berkata,seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut dan sebuah jentera terlibat dalam operasi tersebut.


Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 1.19 pagi dan api berjaya dipadamkan kira-kira jam 1.49 pagi.


“Kemusnahan dalam anggaran 30 peratus.Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.


Turut terlibat memberikan bantuan dalam operasi itu polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

 


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]