Keluar hospital, Ummi Nazeera dipantau

in Hiburan by
Ummi Nazeera. Foto – INSTAGRAM

Keluar hospital, Ummi Nazeera dipantau


PELAKON berbakat besar, Ummi Nazeera mengakui menghadapi masalah uri bawah atau  Placenta Previa.


Akibat masalah itu, selebriti berusia 28 tahun yang kini sarat hamil anak pertama ini telah ditahan di wad Jumaat lepas dan dibenarkan keluar Isnin lalu.


Ujar Ummi, pada hari dia terpaksa berkejar ke hospital, dia sebenarnya sudah bersiap untuk bertemu peminat di sebuah majlis.


“Doktor sudah pesan untuk rehat, rehat banyak-banyak. Perkara pertama dia berkata bila melihat saya; “Ummi nakal ya?”.


“Ya lah tu, banyak pula keluar (pendarahan), dah terbiasa kerjakan.


“Okay dah insaf, duduk rumah je kali ni, tak kerja atau keluar dah,” ujarnya menerusi beberapa perkongsian di Instagram miliknya.


Perkembangan pelakon Bisik Pada Langit ini turut mendapat perhatian para pengikutnya dan rakan selebriti lain.


Antaranya adalah penyampai radio, Fara Fauzana yang mahu ‘memantau’ Ummi bersama abang Ummi, Nazreen Musa.


“Me and abang @nazreemmusa will do spot check, jangan merayap,” tulisnya yang turut mendapat perhatian peminat lain dan meminta Ummi mengutamakan kesihatan diri dan bayi dalam kandungannya.


Sementara itu, Ummi berkata, dia bertuah kerana mempunyai ibu dan ibu mertua yang masih sihat walafiat.


“Banyak luangkan masa di rumah…rehat, rehat, rehat… Alhamdulilah segalanya untuk baby.


“Angkat berat tak boleh, jalan banyak tak boleh, terlebih letih tak boleh.


“Alhamdulillah dah kahwin ni mama dan mak mertua semua masih sihat walafiat. Sudi tolong uruskan banyak benda untuk kita .


“Tambah lagi saya yang cepat mengah dan placenta previa tak membenarkan saya untuk buat kerja berat,” katanya.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]