Kes tembakan rambang Florida: Suspek dengar suara syaitan

in Global by


MIAMI – AMERIKA SYARIKAT. Suspek utama insiden tembakan yang meragut 17 nyawa di sekolah awam Parkland, Florida mendakwa mendengar suara syaitan yang menyuruhnya untuk membakar dan membunuh kesemua mangsa.


Nikolas Cruz, 19 dikatakan tidak melawan ketika ditahan sejurus selepas melakukan pembunuhan berkenaan pada 14 Februari lalu di Parkland, utara Miami dan disoal siasat di pejabat Sheriff Broward County.


[ARTIKEL BERKAITAN : 17 maut tembakan di Florida]


Menurut transkrip soal siasat, detektif John Curcio menawarkan suspek segelas air namun ditolak lelaki itu yang memberitahu dia tidak layak untuk menerima air berkenaan.


Apabila pegawai polis itu meninggalkan bilik soal siasat buat seketika untuk mengambil segelas air, Cruz dipetik sebagai berkata kepada dirinya sendiri : “Bunuh saya, tolong bunuh saya”,


Suspek mendakwa suara syaitan yang mula menghantuinya sejak beberapa tahun lalu menyuruhnya untuk membeli senjata, membunuh haiwan dan memusnahkan semuanya.


Cruz dilaporkan pernah cuba membunuh diri selepas kematian ibunya pada November 2017 dengan cara mengambil ubat penahan sakit secara berlebihan. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]