Kolaborasi Umno-Pas satu keperluan

in Politik by


SHAH ALAM – Pemuda Umno akui kolaborasi antara Umno dan Pas itu satu keperluan pada hari ini.


Exconya, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit berkata kerjasama bersama Pas itu bukan satu gabungan kerana Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum mengumumkan apa-apa.


“Kolaborasi ini perlu dan ia belum lagi menjadi gabungan sebaliknya satu kolaborasi antara Umno dengan Pas.


“Di mana kita ada persefahaman dengan meletakkan calon Pas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Balakong dan Seri Setia,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar ke-68 Malaysia Baharu : Di Mana Melayu? hari ini.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu mampu ganti Umno]


Source: SH Politik

[featured-video-plus]