Konvoi amal ke Maahad Tahfiz Al Fityan

in Edisi Utara by


YAN –  Kelab Chill Friends Convoy Charity (CFCC) menganjurkan program konvoi berkereta ke Maahad Tahfiz Al Fityan, kelmarin.


Pengerusi Kelab, Abdul Hafiz Abdul Majid berkata, sebanyak 17 kenderaan dan 70 orang ahli turut serta di dalam program berkenaan.


Katanya, konvoi bermula dari Pulau Pinang itu mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan.


“Program ini adalah bertujuan menyampaikan sedikit sumbangan buat penghuni tahfiz berkenaan,” katanya.


Menurut Abdul Hafiz, sumbangan yang diberikan berbentuk wang tunai, beras, al-Quran, dan juga barangan makanan yang lain.


“Ini adalah aktiviti sepanjang tahun yang kami jalankan untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.


“Kami sangat berharap sumbangan yang kami berikan meskipun tidak banyak ia dapat meringankan beban mereka yang menerima.


“Sumbangan ini juga diharap dapat menyuntik semangat pelajar tahfiz menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat,” ujarnya.        


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]