Langkawi perlu gelanggang hoki dalam dewan

in Sukan by


LANGKAWI – Ketiadaan gelanggang hoki dalam dewan di Langkawi menyebabkan Kejohanan Hoki Lima Sebelah Antarabangsa Kali Kelima baru-baru ini mendapat lima penyertaan.


Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Kedah (KHA), B Sandra Gesan berkata, 20 pasukan menyertai pertandingan itu termasuk dari India dalam edisi sebelum ini.


Menurutnya, penurunan jumlah penyertaan disebabkan pertandingan sebelum ini diadakan di gelanggang futsal.


“Kami sebenarnya tiada pilihan kerana tidak ada gelanggang untuk sukan hoki dalam dewan di Langkawi.


“Perkara ini menyebabkan banyak pasukan tidak berminat menyertai edisi kali ini,” katanya.

Pertandingan terpaksa dilangsungkan di gelanggang futsal kerana tiada kemudahan gelanggang hoki dalam dewan


 


Katanya, pihaknya mendapat kebenaran membuat gelanggang ubah suai di sebuah hotel edisi pertama dan kedua.


Bagaimanapun tahun ketiga menurutnya, kejohanan itu terpaksa dipindahkan ke gelanggang futsal simen menyebabkan timbul rungutan dari peserta kerana tidak selesa.


“Kekurangan fasiliti untuk sukan tersebut di Langkawi menjadi punca banyak pasukan tidak berminat untuk menyertai sebarang kejohanan di sini.


“Sudah tiba masanya Langkawi miliki gelanggang hoki dalam dewan bagi memudahkan penganjuran kejohanan pada masa depan.


“Banyak pihak tidak membenarkan kami anjurkan pertandingan di tempat mereka kerana bimbang kerosakan kepada fasiliti mereka yang dikhaskan untuk sukan lain,” katanya.


Tambahnya, beliau menyarankan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) supaya memberikan perhatian kepada perkara tersebut kerana sukan tersebut semakin mendapat perhatian.            

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]