Malaysia terus komited suarakan isu Palestin

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Malaysia komited  untuk terus menyuarakan pendirian tegas negara di peringkat antarabangsa berhubung isu penindasan negara haram Israel terhadap Palestin.


Menerusi satu kenyataan bersama, wakil ahli Parlimen daripada PH menggariskan tiga perkara pokok untuk memperjuangkan isu ini.


“Iaitu Israel perlu menamatkan sekatan punitif dan kolektif ke atas Gaza yang telah melumpuhkan kegiatan ekonomi dan kehidupan penduduk wilayah tersebut.


 “Israel menghormati dan mematuhi peruntukan undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk menjalani kehidupan yang saksama dan bermaruah.


“Pihak antarabangsa menyokong tindakan konstruktif untuk menghentikan kekejaman Israel termasuk menggantung hubungan diplomatik dan mengenakan sekatan ke atas Israel sepertimana yang pernah dikenakan ke atas rejim apartheid Afrika Selatan,” jelas kenyataan bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Senator, Raja Kamarul Bahrin Shah.


Dalam masa yang sama, mereka juga menzahirkan rasa syukur dengan kepulangan Dr. Mohd Afandi Salleh, rakyat Malaysia dan aktivis Humanitarian Care Malaysia (MyCare) yang menyertai misi flotila ke Gaza  ‘Just Future for Palestine (JFP)’, selepas ditahan dan dipenjarakan secara haram oleh Israel pada 29 Julai 2018 yang lalu.


“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama memastikan beliau pulang dengan selamat ke tanah air dan ke pangkuan keluarga. Khususnya MyCare, Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Wisma Putra,” kata mereka.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]