Mati dalam keranda

in Global by


SEOUL – KOREA SELATAN. Seorang wanita di Korea Selatan temui ajal selepas dia melakukan ‘upacara rohani’ yang memerlukannya bermalam di dalam keranda.


Upacara itu bertujuan untuk membawa tuah dan nasib yang baik kepadanya.


Tetapi, perkara lain pula yang jadi kerana mangsa berusia 47 tahun itu mati sesak nafas akibat upacara berkenaan.


Polis di Gumi, tengah Seoul memberitahu, wanita itu adalah salah seorang pengikut kumpulan kultus di wilayah tersebut.


“Dia bersama dua rakannya bertemu di sebuah rumah di Gumi pada Khamis lalu untuk menyertai upacara tersebut. Mangsa keluar dari keranda itu selepas dua jam kerana mengadu tidak boleh bernafas. Namun, dia diminta terus bertahan walaupun tidak selesa,” menurut laporan agensi berita Yonhap.


Apabila dua rakannya membuka keranda terbabit pada keesokan pagi, mereka mendapati mangsa sudah meninggal dunia.


Polis telah melancarkan siasatan ke atas kes itu dan dua rakannya telah didakwa cuai kerana menyebabkan kematian.


Terdapat kemungkinan mangsa meninggal dunia akibat strok haba memandangkan gelombang panas kini sedang melanda Korea Selatan. – Daily Mail


Source: SH Global

[featured-video-plus]