Mindef masih pertimbang rayuan Mejar Zaidi

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan masih mempertimbangkan permohonan Mejar (B) Zaidi Ahmad berhubung keputusan pemecatan terhadapnya.


Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Mohd Azhar Mat Dali berkata, semua pihak perlu bersabar sehingga keputusan rasmi diumumkan.


“Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengambil maklum berkaitan permohonan yang dibuat Mejar (B) Zaidi Ahmad berhubung keputusan pemecatan terhadapnya.


“Sehingga kini, menteri masih dalam proses mempertimbangkan permohonan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Sebelum ini, Zaidi yang merupakan bekas Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merayu supaya kerajaan PH dapat membela nasibnya yang dihukum buang kerja oleh Mahkamah Angkatan Tentera (MAT) pada 12 Januari 2015.


[ARTIKEL BERKAITAN: Mejar Zaidi rayu pembelaan]


Dia ditamatkan perkhidmatan kerana memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran berhubung dakwat yang digunakan pada PRU13 adalah tidak kekal.


 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]