Mohd Bakke boleh bawa ke tahap lebih tinggi

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Menteri Industri Utama Teresa Kok yakin Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang baru dilantik Tan Sri Mohd Bakke Salleh boleh membawa industri minyak sawit ke tahap yang lebih tinggi.


Kok dalam satu kenyataan hari ini berkata, Mohd Bakke adalah seorang yang berintegriti tinggi dan merupakan tokoh korporat yang dihormati dengan pengalaman meluas dalam industri minyak sawit.


“Negara akan mendapat manfaat daripada kepimpinan dan pengalaman beliau dalam mencapai matlamat kerajaan membawa industri ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.


Beliau berkata sumbangan Mohd Bakke kepada industri  juga diakui oleh pemain industri yang memberi reaksi positif terhadap pelantikannya.


“Saya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan Mohd Bakke untuk memimpin MPOB di samping membantu kerajaan meningkatkan usaha menangkis kempen anti-minyak sawit terhadap komoditi negara, serta meningkatkan prestasi industri minyak sawit.


“Saya amat yakin beliau akan melaksanakan peranan baharunya di MPOB dengan penuh komitmen dan dedikasi,” katanya. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]