Nafi terima RM25 juta serah Batu kepada Anwar

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Batu P.Prabakaran menafikan khabar angin kononnya beliau dibayar RM25 juta untuk menyerahkan kerusinya kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.


Ahli Parlimen termuda berusia 22 tahun itu memaklumkan beliau tidak tahu mengenai dakwaan blogger, Raja Petra Kamaruddin menerusi blognya.


“Saya tak tahu mengenai itu. Jadi saya tak boleh komen. Mungkin dia (Raja Petra) ada yang tak puas hati dengan saya…saya tak pasti. RM25 juta itu jumlah yang besar,” ujarnya.


Malah, mahasiswa jurusan undang-undang itu berkata, tiada pemimpin PKR yang datang berjumpa dengannya mengenai dakwaan itu.


[ ARTIKEL BERKAITAN: ’Kalau Anwar minta, saya sanggup kosongkan’ ]


[ ARTIKEL BERKAITAN: Kerusi Batu untuk Anwar, ini jawapan Prabakaran ]


Semalam, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata kesemua ahli Parlimen pkr sudi menyerahkan kerusi mereka kepada Anwar.


William berkata, beliau bersedia jika Anwar memintanya berbuat demikian.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]