Najib tuntut siasatan hubungan PH dengan IRI

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak satu siasatan dijalankan bagi menyiasat hubungan antara PH dengan International Republican Institute (IRI).


Menurut Najib, jalinan hubungan itu didakwa lebih teruk jika dibandingkan dengan tuduhan PH yang menuduh bekas pengarah Bahagian Penyelidikan (ME10) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Ab Hamid kerana bertindak khianat.


“Kerana ini adalah campur tangan secara terus dalam proses pemilihan kita.


“Seperti yang anda ketahui, di Amerika Syarikat mereka juga melantik pendakwa raya khas untuk menyiasat sama ada berlakunya campur tangan Rusia dalam pilihan raya Amerika,” katanya ketika ditemui media  di lobi Parlimen, hari ini.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Surat CIA: Tiada kaitan dengan Najib]


[ ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kenyataan IRI dedah kegiatan ‘khianat’ PH’]


Sebelum ini, IRI didakwa bekerjasama dengan parti pembangkang di Malaysia sejak 2002 dan menggulingkan kerajaan BN pada PRU14.


Presiden IRI, Daniel Twinning memberitahu sebuah forum anjuran Center for Strategic and International Studies pada bulan lepas, Washington mendapat manfaat daripada kerajaan baru di Putrajaya sejak mula lagi.


Beliau mendakwa usaha IRI di Malaysia akhirnya membuahkan hasil pada PRU14 lalu dan menguntungkan Amerika Syarikat dari segi saingannya dengan China ketika ini.


Ahli Parlimen Pekan itu menyifatkan perkara ini adalah serius.


“Kita tidak harus membenarkan proses campur tangan asing dalam perkara domestik,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]