Pas tiada kaitan dengan IRI

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pas menjelaskan bahawa parti itu tiada kaitan dengan isu penerimaan dana daripada International Republican Institute (IRI).


Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas sama sekali tidak pernah menerima dana atau ada hubungan dengan IRI.


“Bagi Pas bila IRI sendiri telah buat satu pengakuan bahawa mereka ada kaitan kepada parti-parti politik pembangkang Malaysia tentunya bukan Pas,” katanya dalam sidang medianya di lobi Parlimen hari ini.


Bulan lalu, IRI memberitahu sebuah forum ia cuba ‘mengukuhkan’ parti pembangkang Malaysia semenjak tahun 2002 lagi.


Presiden IRI, Daniel Twining dalam satu forum di Washington pada 11 Julai berkata pertubuhannya telah berusaha untuk “mengukuhkan” parti pembangkang di Malaysia, tetapi tidak memberikan butiran.


Twining juga mendakwa beliau telah melawat Malaysia selepas pertukaran kerajaan dan meluangkan masa dalam “pejabat perdana menteri”.


Mengulas lanjut, Takiyuddin menegaskan dalam isu ini, Pas memandang perkara ini amat serius yang mungkin jelasnya, akanĀ  jejaskan kedaulatan negara dan juga keselamatan negara.


“Jadi kalau mana-mana parti sekiranya mereka kata, tiada kaitan mereka perlu buktikan bahawa mereka tiada kaitan.


“Kalau mereka terima dana IRI rakyat mahu terima berapa , beritahu kepada rakyat,” katanya.


IRI diasaskan sebagai salah satu daripada empat pertubuhan prodemokrasi yang mendapat dana National Endowment for Democracy (NED). Manakala NED pula mendapat dana Kongres AS.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]