Pasukan khas selesai periksa The Equanimity

in Nasional by


PELABUHAN KLANG – Pasukan siasatan khas dari Jabatan Peguam selesai melakukan pemeriksaan terhadap kapal layar mewah, The Equanimity, petang tadi.


Mereka dilihat masuk ke dalam kapal kira-kira jam 1.00 tengahari dan difahamkan keluar kira-kira jam 3.30 petang tadi.


Salah seorang peguam yang mewakilkan kerajaan Malaysia, Sitpah Selvaratnam memaklumkan semua krew dan kapal tersebut berada dalam keadaan yang baik.


“Kapal kelihatan baik, krew juga begitu. Kami telah bercakap dengan kapten kapal. Buat masa ini, kami tak boleh kongsi apa yang dijumpai dalam kapal itu.


“Ada 17 krew dalam kapal itu dan kaptennya merupakan warga Norway. Mereka bukanlah krew asal, difahamkan krew asal sudah digantikan dengan mereka,” katanya.


Ujarnya lagi, pihaknya juga akan cuba menyiasat siapakah yang membayar gaji kepada kapten dan krew kapal tersebut.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Kapal mewah ‘Equanimity’ selamat tiba ]


[ ARTIKEL BERKAITAN: Kapal ‘Equanimity’ dirampas ikut undang-undang ]


Tambah beliau, pihaknya akan membawa perkara itu ke mahkamah minggu depan untuk membincangkan beberapa isu termasuk berkaitan krew dan penyelenggaraan kapal.


“Kes ini sudah berada di mahkamah. Kita akan buat perancangan lain pada minggu depan untuk bincang apa yang perlu buat untuk selenggara kapal dan apa berlaku kepada krew.


“Kapal ini di bawah jagaan mahkamah. Tiada siapa boleh buat apa-apa termasuk pindahkan kapal ini selagi tiada kebenaran daripada mahkamah.


“Buat masa ini, kita akan bincangkan cara untuk selenggara kapal ini,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]